mcmc
Kisah Kejayaan

2025 – KISAH KEJAYAAN (PUAN NOOR WIRADATUL AISHAH)

NAMANOOR WIRADATUL AISHAH BINTI MD HISHAM
PERNIAGAANKUIH TRADISIONAL

Latar Belakang

Puan Noor Wiradatul Aisyah ialah seorang ibu tunggal yang tinggal berhampiran NADI Taman Seri Cahaya. Beliau menjalankan perniagaan kuih-muih tradisional secara kecil-kecilan dan menjualnya kepada penduduk setempat.

Dengan anak-anak yang masih kecil besar, beliau mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan beliau semakin berkembang dan mempunyai ramai pelanggan kerana kuih-muih yang dijual beliau adalah enak dan berkualiti.

Beliau mengambil inisiatif untuk menghadiri kursus kemahiran yang dianjurkan oleh NADI Taman Seri Cahaya.

Beliau aktif mengikuti aktiviti dan program yang dijalankan oleh NADI Taman Seri Cahaya kerana minat serta kemahiran dalam perniagaan yang beliau ceburi.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Sebelum terlibat dengan program di NADI Taman Seri Cahaya, perniagaan Puan Noor Wiradatul Aisyah hanya terhad kepada pelanggan di kawasan setempat sahaja. Beliau sukar untuk mempromosikan perniagaan beliau kepada orang lain secara meluas kerana tidak mempunyai telefon pintar dan melalui WhatsApp.

Beliau juga tidak mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi-aplikasi dalam telefon pintar untuk urusan perniagaan seperti urusan tempahan, capaian pasaran masa kini serta kaedah strategik pemasaran yang menarik.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Melalui latihan dan program yang dijalankan oleh NADI Taman Seri Cahaya, Puan Noor Wiradatul Aisyah kini lebih mahir menggunakan WhatsApp untuk mengurus tempahan dan mempromosikan kuih-muih tradisionalnya. Beliau dapat berkongsi gambar produk, menerima pesanan dengan lebih sistematik, serta berinteraksi dengan pelanggan dengan lebih mudah dan pantas.

Usaha ini bukan sahaja meningkatkan jumlah tempahan harian, malah turut membantu menarik pelanggan baharu. Dengan bimbingan dan sokongan daripada NADI, beliau kini lebih yakin untuk menjalankan perniagaan secara bersendirian dan mengurus pelanggan dengan lebih teratur.