mcmc
Kisah Kejayaan

2025 – KISAH KEJAYAAN (PUAN YANG HASSIKIN)

NAMAYANG HASSIKIN BINTI MASIDIN
PERNIAGAANKUIH – MUIH DAN KATERING

LATAR BELAKANG
Puan Yang Hassikin ialah seorang suri rumah tangga yang tinggal berhampiran NADI Taman Seri Cahaya. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah dengan menjual makanan ringan.

Walaupun sibuk menguruskan anak yang masih kecil, beliau tetap bersemangat menjalankan perniagaan makanan seperti donut dan kerepek, serta turut menerima tempahan makanan untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan.

Beliau juga menggunakan media sosial untuk menghubungi pelanggan serta sebagai medium utama untuk mempromosikan produk dan berhubung dengan pelanggan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dengan program di NADI Taman Seri Cahaya, perniagaan beliau tidak begitu rancak. Puan Yang Hassikin hanya dikenali oleh beberapa orang pelanggan tetap sahaja yang tinggal berhampiran kawasan tempat tinggal beliau. Beliau tidak mempunyai pelanggan dari kalangan luar dan juga tiada saluran untuk tujuan promosi dan tempahan.

Selain itu, kekangan dari segi pengetahuan teknologi maklumat menyebabkan beliau tidak dapat mempromosikan perniagaan beliau dengan meluas. Promosi hanya bergantung kepada pelanggan tetap sahaja secara bersemuka dan telefon. Beliau juga menghadapi masalah dari segi tempahan makanan untuk majlis tertentu.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Melalui latihan dan program yang dijalankan oleh NADI Taman Seri Cahaya, Puan Yang Hassikhin telah berjaya memanfaatkan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk mempromosikan produk jualannya. Kini, beliau dapat memuat naik gambar, berkongsi menu harian, serta berinteraksi dengan pelanggan secara lebih mudah dan pantas.

Usaha ini bukan sahaja berjaya menarik minat pelanggan baharu, malah turut membantu meningkatkan jumlah jualan hariannya. Dengan bimbingan dan sokongan daripada NADI, beliau kini lebih yakin untuk mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih baik.