| Tarikh | 07 September 2025 |
| Masa | 10.00 AM – 4.00 PM |
| Tempat | NADI TAMAN SERI CAHAYA |
| Peserta | 25 Orang |
Tujuan
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @NADI diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, di samping mengeratkan hubungan serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum. Melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan, program ini juga bertujuan untuk melibatkan komuniti secara aktif dalam sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta mengukuhkan peranan NADI sebagai pusat maklumat dan aktiviti masyarakat setempat.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang Program Khas Merdeka & Hari Malaysia di NADI Taman Seri Cahaya, antaranya:
1. Tayangan Movie – aktiviti santai untuk seisi keluarga yang memupuk nilai kekeluargaan serta mengisi masa dengan tontonan bermanfaat.
2. Pertandingan Memasak – memberi peluang kepada peserta menonjolkan bakat dan kreativiti dalam penyediaan hidangan.
3. Pertandingan Mewarna – aktiviti khas untuk kanak-kanak bagi mencungkil kreativiti serta meningkatkan semangat kemerdekaan melalui seni.
4. Kuiz Kemerdekaan – menguji pengetahuan peserta mengenai sejarah, tokoh dan peristiwa penting berkaitan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.