mcmc
Laporan Aktiviti

PERTANDINGAN MLBB MUSIM KETIGA (PERINGKAT KUMPULAN)

Tarikh1 November 2025
Masa12.30 pm – 5.00 pm
TempatNADI Taman Seri Cahaya
Peserta6 Orang

Tujuan
Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diadakan di NADI bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti setempat, khususnya golongan belia. Program ini juga diadakan bagi menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti yang sihat dan berfaedah melalui platform e-sukan. Selain itu, pertandingan ini berperanan sebagai medium untuk mencungkil dan mengasah bakat baharu dalam bidang permainan digital serta membina semangat kesukanan, disiplin, dan persaingan yang positif dalam kalangan peserta.

Aktiviti
Pertandingan ini disertai oleh peserta yang diwakili oleh enam orang bagi setiap pasukan. Kumpulan NADI Taman Seri Cahaya telah ditempatkan dalam Kumpulan 12. Sepanjang perlawanan peringkat kumpulan, pasukan NADI Taman Seri Cahaya mencatat dua kemenangan dan dua kekalahan, sekaligus menduduki tempat ketiga dalam kumpulan tersebut serta tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat playoff. Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, para peserta tetap menunjukkan semangat berpasukan, disiplin, dan kesungguhan yang tinggi sepanjang pertandingan. Penyertaan ini juga memberi pengalaman berharga kepada peserta untuk memperbaiki strategi dan prestasi pada pertandingan akan datang.