Tarikh | 14 Jun 2025 |
Masa | 12.00 pm – 2.00 pm |
Tempat | Platform online |
Peserta | 2 |
Tujuan
Tujuan utama penganjuran MAHIR Short Learning Series bersama Chef Florence Tan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas dan tradisional masakan Nyonya. Program ini juga bertujuan memelihara keaslian resipi turun-temurun serta memperkasa peminat masakan, suri rumah dan usahawan makanan dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan untuk sajian keluarga mahupun perniagaan berasaskan makanan premium.
Aktiviti
Peserta mengikut kursus mahir short learning secara atas talian.