| Tarikh | 2 – 6 Februari 2026 |
| Masa | 9.00 am – 5.00 pm |
| Tempat | NADI Taman Seri Cahaya |
| Peserta | 5 Orang |
Tujuan
Kelas MAHIR diadakan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran praktikal peserta dalam pelbagai bidang iaitu Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Agri, Mahir Foto dan Mahir Gajet. Program ini bertujuan melahirkan peserta yang berkemahiran, kreatif serta berkeyakinan dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.
Aktiviti
Bagi Mahir Masak peserta mempelajari dan menghasilkan cookies, manakala bagi Mahir Gajet peserta didedahkan dengan pembelajaran berkaitan jenis dan fungsi lens. Pendekatan amali ini membantu peserta memahami teori dengan lebih jelas serta meningkatkan kecekapan dalam bidang masing-masing.