| NAMA | NURUL AIN NAJIHA BINTI MOHD ARIS |
| KEJAYAAN | KELAS ROBOTIK – TINY TECHIES |
Latar Belakang
Nurul Ain Najiha binti Mohd Aris, murid berusia 10 tahun dari SK Bestari Jaya, tinggal berhampiran NADI Taman Seri Cahaya dan aktif mengikuti kelas robotik di pusat tersebut. Minatnya terhadap teknologi mendorong beliau untuk mempelajari kemahiran baharu dalam bidang robotik.
Sebelum Penglibatan NADI
Sebelum mengikuti kelas di NADI, pendedahan Nurul Ain terhadap ICT dan robotik adalah terhad. Beliau kurang mahir menggunakan aplikasi atau peralatan berkaitan teknologi serta tidak mengetahui asas pengaturcaraan.
Selepas Penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas robotik, Nurul Ain kini lebih mahir menggunakan peralatan ICT, memahami komponen robotik asas, dan boleh mengaplikasikan logik pengaturcaraan mudah. Penglibatan ini meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan kemahiran digital beliau.