| Tarikh | 14 November 2025 |
| Masa | 4.00 pm – 5.00 pm |
| Tempat | NADI Taman Seri Cahaya |
| Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Kelas “Hak Cipta dan Harta Intelek dalam E-Sukan” diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas kepada peserta mengenai konsep hak cipta, harta intelek serta kepentingannya dalam industri e-sukan. Melalui sesi ini, peserta didedahkan dengan pengetahuan tentang penggunaan bahan digital seperti grafik, muzik, logo dan rakaman permainan secara sah bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang. Kelas ini turut membantu meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab pemain, penganjur serta pencipta kandungan dalam memastikan setiap karya dihormati dan dilindungi. Selain itu, penganjuran kelas ini juga menyokong perkembangan industri e-sukan yang lebih profesional, beretika dan mampan pada masa hadapan.
Aktiviti
Peserta menyertai kelas secara atas talian menggunakan laman web LMS dan peserta dapat menambahkan ilmu baharu berkaitan dengan e-Sukan.