| Tarikh | 14 Februari 2026 |
| Masa | 10.00 am – 11.00 pm |
| Tempat | NADI Taman Seri Cahaya |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kalangan pemain esukan. Selain itu, kelas ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang tekanan yang dihadapi oleh pemain esukan serta membantu peserta memahami cara mengurus emosi dan stres dengan baik.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah peserta menyertai kelas secara atas talian melalui platform yang disediakan. Peserta mendengar penerangan daripada penceramah mengenai kesihatan mental pemain esukan, faktor yang mempengaruhi emosi, serta langkah-langkah untuk menjaga kesejahteraan mental. Peserta juga menonton bahan pembentangan bagi menambah pengetahuan berkaitan topik yang disampaikan.