| Tarikh | 22 November 2025 |
| Masa | 2.30 pm – 4.30 pm |
| Tempat | NADI Taman Seri Cahaya |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu melalui latihan intensif dalam karangan, pemahaman dan rumusan. Kelas ini juga bertujuan memberi pendedahan teknik menjawab soalan SPM dengan lebih berkesan serta meningkatkan keyakinan pelajar menghadapi peperiksaan.
Aktiviti
Aktiviti bagi kelas ini memberi tumpuan kepada dua aspek utama, iaitu penerangan teknik menjawab karangan mengikut format SPM serta latihan pemahaman yang dibimbing secara berstruktur. Melalui sesi ini, pelajar berpeluang memahami langkah yang betul dalam menghasilkan karangan berkualiti dan mempraktikkan teknik menjawab soalan pemahaman dengan lebih efektif.