| Tarikh | 14 February 2026 |
| Masa | 10.00 am – 11.00 am |
| Tempat | NADI Taman Seri Cahaya |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya cyber grooming serta meningkatkan kesedaran mengenai ancaman pemangsa dalam talian. Selain itu, kelas ini bertujuan membantu pelajar mengenal pasti tanda-tanda cyber grooming dan mendidik mereka tentang langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menggunakan internet supaya mereka dapat melindungi diri dan menggunakan internet secara selamat.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah peserta menyertai kelas secara atas talian melalui platform yang disediakan. Peserta mendengar penerangan daripada penceramah mengenai maksud cyber grooming, contoh situasi yang berlaku, serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menggunakan internet. Selain itu, peserta juga diberi peluang untuk menonton bahan pembentangan dan menambah pengetahuan tentang cara melindungi diri daripada ancaman pemangsa dalam talian.