| Tarikh | 14 Mac 2026 |
| Masa | 8.00 am – 3.00 pm |
| Tempat | NADI Taman Seri Cahaya |
| Peserta | 32 Orang |
Tujuan
Program Bazar Raya NADI Taman Seri Cahaya diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat menjana pendapatan melalui jualan produk seperti kerepek, kuih raya, pakaian preloved dan aksesori. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk serta memeriahkan sambutan Hari Raya dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur.
Aktiviti
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti jualan produk bazar melibatkan usahawan tempatan. Selain itu, aktiviti sampingan turut dijalankan termasuk Kelas Kidventure secara dalam talian, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta kuiz Raya bagi menarik penglibatan pengunjung. Aktiviti-aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana yang meriah dan interaktif sepanjang program berlangsung.