Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan di bawah Elemen Program Khas NADI-Nurture DiLea, Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 1 akan diadakan pada 15 Mac 2025 (Sabtu). Program Khas ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Seperti biasa, pendaftaran pelajar untuk Program Khas Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 1 hanya melalui akaun LMS DiLea, menggunakan akaun NADI di bawah tab Special Programme Registration. Setiap NADI perlu mendaftar sekurang-kurangnya seorang peserta untuk menyertai webinar ini.
Pautan bagi:-
- Kelas pembelajaran
- Kehadiran pelajar
- Template laporan program
- Folder laporan dan gambar
Boleh didapati melalui Course Special Programme menggunakan akaun NADI sehari sebelum kelas dijalankan.
Berikut dilampirkan Poster Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 1 untuk hebahan pihak NADI.
Sekian, terima kasih.
