mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

KEUSAHAWANAN


    Bestari jaya juga telah melahirkan beberapa usahawan berjaya dalam pelbagai bidang termasuk penternakan, perladangan, dan sebagainya. Salah satu usahawan yang terdapat di sini ialah usahawan lembu Fidlot iaitu perniagaan yang diterajui oleh Zikay Group yang terdiri daripada dua pengusaha iaitu MRZ Base (M) Sdn. Bhd. dan  Rumpun Berkat Sdn. Bhd. Kedua-dua syarikat ini bergabung untuk mengeluarkan hasil daging lembu yang halal.

      MRZ Base (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2003, syarikat ini ditubuhkan khusus untuk menyertai bidang agrokultur yang disediakan kerajaan. Syarikat ini merupakan syarikat perladangan lembu Fidlot dan menjadi pembekal utama daging jenis ini. Di samping menjadi pengedar daging lembu yang halal, syarikat ini juga membekalkan susu kepada pasaran.

     Rumpun Berkat Sdn Bhd pula merupakan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula bergiat dalam bidang ini sekitar tahun 2005 dengan menjalankan penyembelihan lembu mengikut syariat Islam. Melalui hasil kerjasama bersama syarikat MRZ Base (M) Sdn Bhd ini, hasil ternakan MRZ akan disembelih dan diproses untuk diedarkan ke pasaraya-pasaraya utama seluruh negara.


     Selain itu, terdapat juga kawasan khas untuk perindustrian di Bestari Jaya iaitu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis kilang-kilang untuk mengeluarkan barang-barang industri. Dengan adanya kilang–kilang ini, maka ianya dapat memberi peluang kepada komuniti setempat untuk bekerja dan meningkatkan hasil sara hidup.