MAHIR PERTANIAN: STRATEGI SURVIVAL PEKEBUN – BEBAS RACUN & BAJA IMPORT
| Tarikh | 3 Jun 2026 |
| Masa | 10.00 am – 11.00 pm |
| Platform | YouTube Studio NADI MAHIR |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Program Short Learning Series (SLS): Strategi Survival Pekebun – Bebas Racun dan Baja Import bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pertanian yang lebih lestari, selamat dan menjimatkan kos. Program ini membantu pekebun memahami alternatif kepada penggunaan racun kimia serta baja import dengan memanfaatkan sumber tempatan dan teknik pertanian semula jadi. Selain itu, program ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam menghasilkan tanaman yang lebih sihat, berkualiti dan mesra alam.
Aktiviti
Peserta mengikuti sesi perkongsian secara dalam talian yang disampaikan oleh Cikgu Hanif mengenai strategi pertanian pintar tanpa kebergantungan kepada racun dan baja import. Antara pengisian program adalah penerangan tentang kaedah pengawalan perosak secara semula jadi, penggunaan baja organik, perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan kebun, serta sesi soal jawab bersama penceramah. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menambah ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti pertanian harian mereka.