| NAMA | NURUL AIN NAJIHA BINTI MOHD ARIS |
| UMUR | 10 TAHUN |


Latar Belakang
Nurul Ain Najihah ialah seorang pelajar Tahun 4 yang tinggal berhampiran NADI Taman Seri Cahaya. Beliau kerap mengunjungi Pusat Internet untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan. Nurul Ain Najihah sentiasa menunjukkan minat yang mendalam terhadap kemahiran komputer dan teknologi maklumat.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum mengikuti kelas dan program di NADI Taman Seri Cahaya, Nurul Ain Najihah belum mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dan tidak tahu untuk menggunakan internet dengan selamat. Kekurangan ini menyebabkan beliau kurang aktif dalam pembelajaran di sekolah.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas mengikuti program yang disediakan di NADI Taman Seri Cahaya seperti Kelas Tiny Techies dan latihan lain, beliau telah menunjukkan perubahan yang ketara. Beliau telah mahir menggunakan perisian asas Microsoft Word. Beliau juga telah menunjukkan minat yang mendalam dalam pembelajaran asas atas talian dan berjaya menyelesaikan latihan matematik penyelesaian masalah. Penglibatan ini bukan sahaja menambah kemahiran diri beliau, malah membuka peluang beliau untuk meneroka dunia teknologi sejak usia muda.